KUALA PILAH - Selepas hampir lima tahun menduda, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 60, selamat melangsungkan perkahwinan dengan bekas setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid, 39, dalam satu majlis ringkas di sini petang semalam.

Upacara pernikahan yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Taman Fatimah, Gentam di sini pada pukul 3.30 petang semalam dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu.

Kedua-dua mempelai diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd. Khalid Sulaiman, 65, sambil disaksikan keluarga terdekat serta sahabat handai.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Azalina Othman Said.

Dengan sekali lafaz, Mohd. Isa yang kelihatan ceria dengan baju Melayu dan samping berwarna oren sah menjadi suami kepada Bibi Sharliza yang ayu mengenakan baju kurung dan tudung juga berwarna oren.

Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal tunduk mengalirkan air mata sebaik majlis akad nikah selesai.

Kedua-dua pasangan tersebut tidak membuat sebarang barangan hantaran selain merahsiakan jumlah wang hantaran.

- KOSMO



DOWNLOAD :
http://www.mediafire.com/?l50dzvtmhzh

Yuna-Yuna EP [mediafire link]

Posted by hendrastar On 8:41 PM 0 comments


1. after midnight
2. backpacking around
3. blue sands
4. dan sebenarnya
5. deeper conversation

DOWNLOAD :
http://www.mediafire.com/?yjmn1nykytj

Soalan 1:

Apakah hukum mewarnakan rambut mengunakan pewarna yang dinyatakan halal, walau pun bermacam-macam warna?


Jawapan:

Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).

Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.

Pengecualian dikhaskan kepada para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh suami.

Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.

Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.

Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah.

Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.

Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye.

Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.

Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala (tamyish al-sha'r). Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.

SOALAN 2:

Adakah ibadah akikah hanya dilakukan semasa kecil atau boleh dilakukan selagi hidup?


JAWAPAN:

Ibadah akikah ini hukumnya sunat muakkad (yang dituntut) bukan wajib seperti yang dipercayai oleh sesetengah orang. Ibu bapa diberi kemudahan untuk melaksanakannya pada bila-bila masa dalam tempoh selepas tujuh hari lahir sehingga baligh.

Jika anak-anak sudah baligh tetapi mereka masih juga tidak mampu tidak mengapa tidak melakukannya kerana tuntutan ke atas wali telah gugur dan sunat bagi diri anak-anak itu sendiri melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kepada diri baginda sendiri setelah diangkat menjadi Rasul (riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani).

SOALAN 3:

Jika kini kami adik-beradik (tiga orang perempuan) ingin melakukan ibadah akikah, bagaimanakah caranya?

JAWAPAN:

Ia ibadah yang mudah. Oleh kerana kalian bertiga perempuan, setiap seorang perlu menyediakan seekor kambing biri-biri (shah) untuk diakikahkan kerana ia adalah yang paling afdal.

Ia bertepatan dengan pedoman hadis daripada Saidatina Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya, 4/266, no. 7595. Jadi tiga ekor kambing biri-biri diperlukan.

Apa yang lebih penting menentukan niat sembelihan untuk akikah dan untuk siapa: si fulanah binti si fulan.

Ia perlulah disembelih oleh seorang lelaki Islam dengan alat sembelihan yang tajam. Tulang-tulangnya dipotong mengikut sendi dan tidak dihancurkan.

Adalah lebih afdal daging tersebut dimasak masakan yang berasa manis. Kemudian diberi makan kepada orang ramai terutamanya fakir miskin.

Terkini, ibadah ini ada diuruskan oleh syarikat-syarikat tertentu dan boleh diupah secara online seperti dihttp://www.korbanaqiqah.com.my.

Wallahu A'lam.

- UTUSAN



UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita.. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.




Pulau Komodo di Nusa Tenggara Timur (NTT), yang merupakan satu-satunya habitat Komodo (haiwan biawak gergasi) di dunia ini, semakin mendapat sokongan undian untuk dipilih sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia bagi kategori alam.

Dalam undian terbuka di internet, khidmat pesanan ringkas (SMS)dan telefon dalam tempoh setahun lalu, pulau itu kini berada di tempat ke 14 daripada 28 finalis, malonjak dari kedudukan terakhir pada bulan lalu. Undian itu akan berlangsung hingga tahun depan.

Komodo merupakan haiwan reptilia terbesar, yang kini diancam kepupusan. Terdapat kira-kira 2,500 ekor komodo (Varanus Komodoensis), yang mampu hidup sehingga 50 tahun di kawasan Taman Nasional Komodo seluas 173.400 hektar di Pulau Komodo itu.

Berat reptilia ini boleh mencapai 110kg dengan panjangnya sehingga 3.1 meter.

"Objek yang diusulkan menjadi tujuh keajaiban dunia ini bukan hanya pada haiwan komodonya, tetapi keseluruhan isi Taman Nasional Komodo yang meliputi kawasan potensi daratan dan lautan," kata Ketua Taman Nasional Komodo, Tamen Sitorus.

Kawasan daratan meliputi keindahan flora dan fauna campuran Indo-Australia, berupa hutan savanna dengan topografi gunung berapi (volkanik dan tektonik). Cuaca panas di kawasan ini boleh mencapai 46 darjah selsius.

Potensi keindahan bawah laut pula meliputi 450 jenis batu karang, 1,000 jenis ikan dan kira-kira 53 tempat untuk aktiviti penyelaman oleh pelancong.

Setelah Candi Borobudur gagal bertahan sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia kategori buatan manusia, kerajaan Indonesia kini giat mempromosikan Pulau Komodo agar ia menjadi pesaing kepada Sungai Amazon (Amerika Selatan), Black Forest (Jerman), El Yungue (Puerto Rico), Puero Princesa underground River (Filipina) dan Sunderbans (India).

Promosi itu bukan hanya dilakukan melalui media massa, malah juga melibatkan kunjungan ke beberapa sekolah dan universiti, kerjasama dengan penulis blog serta operator telefon bimbit untuk membolehkan undian dibuat melalui sms atau telefon.

"Keuntungan yang diperoleh jika masuk dalam tujuh keajaiban dunia ini tentunya akan meningkatkan populariti di peringkat antarabangsa dan meningkatkan jumlah kunjungan pelancong hingga 70 peratus," kata Ketua Pengarah Pemasaran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sapta Nirwandar.

Dalam tiga tahun terakhir ini, kunjungan pelancong ke Pulau Komodo terus meningkat. Angka terakhir pada 2009, sejumlah 36,534 pelancong telah berkunjung ke pulau itu, naik 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

- BERNAMA

Permulaan Semuanya

Posted by hendrastar On 3:03 AM 0 comments



    Blog Archive

    Labels

    Text