KUALA PILAH - Selepas hampir lima tahun menduda, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 60, selamat melangsungkan perkahwinan dengan bekas setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid, 39, dalam satu majlis ringkas di sini petang semalam.

Upacara pernikahan yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Taman Fatimah, Gentam di sini pada pukul 3.30 petang semalam dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu.

Kedua-dua mempelai diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd. Khalid Sulaiman, 65, sambil disaksikan keluarga terdekat serta sahabat handai.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Azalina Othman Said.

Dengan sekali lafaz, Mohd. Isa yang kelihatan ceria dengan baju Melayu dan samping berwarna oren sah menjadi suami kepada Bibi Sharliza yang ayu mengenakan baju kurung dan tudung juga berwarna oren.

Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal tunduk mengalirkan air mata sebaik majlis akad nikah selesai.

Kedua-dua pasangan tersebut tidak membuat sebarang barangan hantaran selain merahsiakan jumlah wang hantaran.

- KOSMO

Categories:

0 Response for the "Isa, Bibi Sharliza berbulan madu di Hulu Selangor"

Post a Comment

    Blog Archive

    Labels

    Text